Saturday, September 18, 2010

1 Periuk Nasi

Sangat tertarik dengan iklan dari Maybank keratan Akhbar Beritan Harian 16 September 2010 semperna Hari Malaysia, saya taip semula sekadar berkongsi bersama-sama antara bait-bait kata yang sangat menarik, pengertian yang amat mendalam antara yang tersirat dan tersurat.

1 Periuk Nasi

Wahai nasi, beritahu kami rahsia kamu; bagaimana
Agaknya kamu boleh memikat semua orang?

Satu ketika kamu mesra dengan daging kambing varuval.
Diketika lain, kamu bergaul pula dengan potongan daging
ayam Ipoh yang empok.

Dan pada setiap pagi; kamu tidak pernah ketinggalan
Untuk bersama-sama ikan bilis, sambal dan telur buat sarapan.

Di pesta kami yang meriah; kamu sentiasa di sana meraikannya
bersama-sama.

Di Hari Raya, kamu menyertai kawan-kawan kamu dan membawa kami
ketupat dan lemang.

Deepavali tidak kan sama tanpa kamu yang memberikan warna paling
menarik untuk dijadikan kolam.

Dan di ambang Tahun Baru Cina, kamu membawa keluarga
yang jauh untuk pulang.

Di Hari Gawai dan kaamatan, kamulah punca semua orang menyambutnya!

Mungkin rahsia kamu adalah kerana kamu tidak memilih – tidak kisahlah kami menggunakan penyepit, sudu dan garfu, atau tangan. Kamu gembira berkongsi makanan dengan kami.

Setiap hari, tatkala kami berkumpul bersama keluarga menikmati hidangan,
kamu sentiasa hadir untuk untuk mengingati kami tentang rahsia sebenar
negara kita.

Bahawa kita semua berkongsi 1 periuk nasi – yang dipenuhi, satu demi satu, dengan pengorbanan, kerja keras dan perpaduan mereka yang hadir sebelum kita.

Dan kita semua berkongsi 1 tanggung jawab – untuk terus mengisi periuk nasi ini,
Bersama-sama, untuk mereka yang akan hadir selepas kita.

Dikala kita meraikan Hari Malaysia semoga semangat perpaduan yang di kongsi bersama
Ini akan terus menjadikan Malaysia paling istimewa.1Malaysia: Menjana Transformasi.

No comments: